aku.dia.kamu.
sama sahaja..tiada beza
hamba biasa yang asalnya tak punya apa-apa..
kini berlagak saja , menghentak kaki di dunia..
mendongak kepala tinggi nun jauh di sana..
tidak fikir di sebalik sana..memerhati kita..
hamba biasa..
aku.dia.kamu.
sama sahaja..tiada beza
hamba biasa yang asalnya lahir dari setompok mani hina..
bertukar rupa , dari segumpal darah hingga tulang belulang antara..
menjadi manusia rupa elok belaka..tiada cacat cela..
kini hina semua sehina mani hina..
kerana harta,pangkat,nama,dan segala malapetaka..
tidak fikir di sebalik sana ...memerhati kita..
hamba biasa...
aku.dia.kamu.
sama sahaja..tiada beza
hamba biasa yang asalnya dungu nestapa..
diberi akal mahal anugerah tidak terkira..
yang membezakan siapa kita???kera??rama-rama atau manusia??
tidak!!!kini kita lebih hina sehina-hina binatang!!!
berzina,buang bayi luar nikah.liwat.rogol senantiasa..
terpampang di media massa tak kira masa..
di mana sahaja..bila-bila.tidak kira anak siapa..
masih layakkah kita digelar manusia...ATAU...
hanya......HAMBA BIASA ????
aku.dia.kamu.
sama sahaja..tiada beza..
hamba biasa di dunia fana..
TAPI aku.dia.kamu akan berbeza..
Jika hidup semata hanya untuk DIA !!!