Monday, August 2, 2010

:: Wahai wanita SOLEHAH ::

Wahai wanita solehah,



Jangan risau akan jodohmu,


Kerana muslimin yang bijaksana itu,


Takkan terpaut pada wanita


Hanya pada kecantikkan/lirikan senyuman,


Pada bicara manja yang menggoda,


Pada pujuk rayu seorang wanita,


Yang meruntuhkan imannya.






Sesungguhnya lelaki itu adalah,


Pemimpin kepada wanita,


Andai belum sampai jodohmu,


Anggaplah bahawa Adam,


Yang kau nantikan itu,


Sedang membina sahsiah kepimpinannya,


Bagi memimpin dirimu,


Kerana pada wanita itu pasti ada,


Kekurangannya,


Dan Adam yang benar-benar layak,


Pasti akan hadir untuk melengkapkanmu.



No comments:

Post a Comment